PENGASIH Malaysia

PENGASIH DI MASJID NEGARA RAI MASYARAKAT TERPINGGIR
KUALA LUMPUR : Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi Mohd bersama-sama kakitangan serta residen Rumah Pengasih hadir ke Masjid Negara baru-baru ini sebagai tetamu bagi meraikan majlis Pelancaran Program Pemberian Makanan Kepada Masyarakat Terpinggir Melalui Masjid dan Surau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejer Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom hadir bagi merasmikan program tersebut.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

PENGASIH DAN DBKL KERJASAMA UNTUK PROGRAM KENALI ANAK KITA
SEGAMBUT : Forum Kenali Anak Kita pada Karnival Hari Keluarga  Sejaya 2010 di Sekolah Menengah Segambut Jaya di sini, baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Buat pertama kalinya program ini dikendalikan oleh Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penyelaras Program, Abdullah Nor berkata, penganjuran forum tersebut bertujuan berkongsi ilmu dengan ibu bapa tentang isu berkaitan keibubapaan.

“Melalui program ini, ibu bapa akan lebih memahami anak remaja dan mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan keluarga.

“Selain itu, kita juga melihat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sebagai agen perubahan kepada masyarakat untuk menjadikan keluarga sejahtera dan Negara makmur,” katanya.

Abdullah memuji usaha DBKL dalam membendung masalah social remaja.

“Selain bereranan menjaga kesejahteraan Bandar, inisiatif DBKL ini akan membantu bersama-sama memerangi masalah social remaja,” katanya.

Forum ini, menurutnya, menjadi medan ibu bapa berinteraksi berkaitan dengan isu sosial.

PENGASIH juga mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana jabatan yang berminat untuk bekerjasama menganjurkan forum sedemikian.

Ibu Bapa Terakhir Tahu Anak Terlibat Dadah
BANGI : Ibu bapa selalunya menjadi orang terakhir yang mengetahui anak mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana kelalaian mereka untuk memperkasakan maklumat tentang dadah dan risikonya,  kata Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi.

Beliau berkata, ibu bapa kebiasaannya akan mendapat tahu bahawa anak mereka terlibat dengan dadah apabila ditahan atau ditangkap oleh pihak berkuasa dan mereka ini sentiasa dalam penafian dan terkejut apabila mendapat berita ini.

“Justeru itu ibu bapa perlu lebih bermaklumat tentang dadah, perlu persediaan terhadap pemantauan tanda-tanda awal dan perubahan sikap negatif anak-anak. Setiap individu yang menagih selalunya menunjukkan tanda-tanda awal yang boleh dikesan oleh ibu bapa,” katanya dalam seminar Bengkel Kenali Anak Kita, Zon Tengah di Hotel Residence, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, baru-baru ini.

Mohd Yunus berkata, Ibu bapa dan masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang bermasalah seharusnya bermula dari rumah. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang berhemah.

Menurutnya, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah.

“Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja,” katanya lagi.

Dalam seminar yantg bertajuk “Pencegahan Bermula Dari Rumah” itu, Mohd Yunus membuat penghuraian tentang apa itu dadah, kenapa dan bagaimana seseorang itu boleh terlibat dengan penagihan dadah.

Beliau memberi panduan, bagaimana cara menyampaikan maklumat kepada ibu bapa di luar Bandar tentang segala perkara yang berkaitan dengan dadah.

Bengkel tiga hari itu dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

Bengkel “Kenali Anak Kita” ini adalah program susulan daripada Bualbicara dan Seminar yang telah Pengasih jalankan dengan kerjasama Petronas. Pada bengkel ini, isu-isu berkaitan kekeluargaan, mencegah penyalahgunaan dadah serta panduan untuk bertindak sebagai agen perubahan akan dibentang oleh pakar dalam bidang tersebut.

Selain Mohd Yunus, turut membentangkan kertas kerja dalam bengkel tersebut ialah kaunselor daripada Filipina Puan Malyn Cristobal, Dr Hamizah Mohd Hassan, Puziyah Mohd Jilis, Salmi Jalina Jalil dan Fouziah Hanim Yahya daripada Lembaga Pembangunan Penduduk dan Kekeluargaan Negara (LPPKN) serta Dr Yahya Don dari Universiti Utara Malaysia (UUM)

Penghuni Rumah PENGASIH Gotong Royong Pokok Tumbang Hempap Surau
KUALA LUMPUR: Penghuni-penghuni  Rumah Pengasih terpaksa mengambil inisiatif sendiri secara gotong royong dengan membuang dan membersihkan sebatang pokok besar berusia lebih 50 tahun yang tumbang menghempap bumbung Surau Ar-Rahman dalam kejadian ribut baru-baru ini.

Lebih 60 orang warga Rumah Pengasih terlibat dalam gotong royong itu selama tiga hari dan berakhir baru-baru ini.

Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi berkata, dengan kelengkapan yang serba kekurangan akhirnya pokok sebesar dua pemeluk itu dapat dialihkan dan dibersihkan daripada sekitar kawasan surau tersebut.

Katanya, dalam kejadian ribut baru-baru ini pokok tersebut tumbang dan menghempap bumbung surau sebaik sahaja penghuni Rumah Pengasih selesai menunaikan solat Asar.

“Mujurlah ianya tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan. Kejadian tersebut mencetuskan sedikit kebimbangan di atas keselamatan struktur bangunan surau terbabit, dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini sebelum pokok terbabit dialihkan, solat berjemaah terpaksa dilakukan di balai terbuka berhampiran,”  katanya lagi.

Mohd Yunus berkata, walaupun surau terbabit kini boleh digunakan untuk sebarang aktiviti keagamaan tapi proses pembaik pulih terhadap struktur bumbungnya perlu dilaksanakan segara bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni-penghuni Rumah Pengasih.

Beliau berkata, pihak pengurusan Rumah Pengasih juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri yang agak besar untuk kerja-kerja pembersihan tersebut, bagaimanapun beberapa pihak termasuk di kalangan keluarga penghuni Rumah Pengasih turut berjanji untuk menyalurkan bantuan.

Surau Ar-Rahman yang terletak di dalam kawasan Rumah Pengasih dibina hasil sumbangan dan derma orang ramai serta kalangan keluarga Rumah Pengasih.

Ibu Bapa Dan Masyarakat Perlu Main Peranan
BESUT : Penyertaan dan sokongan seluruh lapisan masyarakat, terutama ibu bapa mampu meningkatkan pendidikan dan  kesedaran umum terhadap pencegahan lebih awal dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini.

Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi Mohd berkata, , ibu-bapa, keluarga serta masyarakat, menjadi faktor yang penting untuk membantu mana-mana individu tersebut membuat perubahan diri melalui pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang mereka ada.

“Justeru itu ibu bapa ataupun masyarakat amnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat tentang dadah, profil penagihan dan akibat daripada gejala itu, bagi memberi kesedaran dan bimbingan kepada anak-anak remaja masakini tentang bahaya dadah,” katanya dalam program seminar “Kenali Anak Kita” di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Mohd Yunus berkata, untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan itu, ibu bapa dan anggota masyarakat perlu menghadiri seminar, bengkel dan aktiviti seperti ini bagi mendapatkan sumber rujukan dan pencegahan lebih awal sebelum wabak ini menjadi lebih serius dan tidak terkawal.

“Program yang dianjurkan Pengasih dengan kerjasama PETRONAS ini adalah bertujuan untuk pengkongsian ilmu, pengalaman dan memberikan pendidikan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang budaya social yang menyimpang,” katanya lagi.

Hampir 300 peserta yang terdiri daripada ibu bapa, pemimpin masyarakat dan para pelajar institusi pengajian tinggi hadir dalam seminar kali ini.

Turut hadir membentangkan kertas kerja dalam seminar ini ialah Dr Adibah Hanim Ismail dari Hospital Universiti Sains Malaysia dan penceramah dari Yayasan pembangunan Keluarga Terengganu.

Siri Seminar “Kenali Anak Kita” ini merupakan kesinambungan daripada Program Bual Bicara “Kenali Anak Kita” yang telah diadakan di negeri ini pada hujung tahun lepas.

Program ini dianjurkan Pengasih dengan sokongan syarikat minyak dan gas negara, Petronas. Kempen ini menjadikan ibu bapa sebagai kumpulan sasar dalam usaha memperkasakan mereka sebagai ajen perubahan di dalam institusi kekeluargaan.

Ia sejajar dengan teras tanggungjawab sosial korporat Petronas yang memberi penekanan terhadap pendidikan dalam usaha memperkasa dan memperkayakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran yang mampu mengubah kehidupan mereka. Petronas memberikan komitmen sebagai penaja kempen bagi tempoh dua tahun, bermula dari tahun ini sehingga 2011.

Selain PETRONAS, kempen ini turut mendapat kerjasama dan sokongan LPPKN; Kementerian Pelajaran Malaysia; Agensi Anti Dadah Kebangsaan; dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional.

Menurut Mohd Yunus lagi, Pengasih telah menggunakan kaedah ‘ Teraputik Komuniti (TK) ‘ di dalam program rawatan dan pemulihan sejak pada tahun 1993 lagi. TK adalah sekelompok manusia yang mempunyai permasalahan yang sama, merangsang antara satu dan lain untuk membuat perubahan (co-dependency).

“Kami melihat penagihan itu sebagai satu gejala penyakit dari gangguan emosi, saikologi, rohani dan tingkah laku.

Pendekatan yang digunakan dalam rawatan Pengasih bagi mengatasi gangguan-gangguan tersebut adalah – pembentukan semula tingkahlaku; pengendalian emosi dan saikologi; pengembangan fikiran dan kerohanian; serta latihan kemahiran vokasional dan sosial,” katanya.

Sireh Pulang Ke Ganggang
PENAGIHAN dadah adalah satu masalah sosial, masalah keselamatan, masalah negara dan masalah dunia. Masyarakat harus faham tentang kesakitan, kesedihan, kesengsaraan yang dialami oleh seorang penagih dadah dan mereka perlu dibantu.

Penagih dadah tidak boleh merawat diri mereka sendiri. Mereka perlukan bantuan dan tanpa bantuan mereka sukar dipulih untuk menjadi anggota masyarakat biasa. Bagi yang jauh terlanjur (hardcore), usaha merawat dan memulihkan mereka bertambah sukar.

Begitu juga dengan Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi, banyak onak berduri dan jalan berliku yang terpaksa ditempuhinya untuk mencapai tahap kepulihan seperti yang ada di dalam dirinya sekarang dan kini telahpun diterima oleh masyarakat.

Semuanya ini bermula pada sekitar tahun 1983, apabila beliau ditangkap polis dan dimasukkan ke Pusat Serenti Besut yang kini dikenali sebagai PUSPEN Besut. Kini setelah 27 tahun berlalu, baru-baru ini beliau kembali semula ke pusat itu bagaikan “sireh pulang ke ganggang”. Tetapi “kepulangan” beliau ke situ sebagai seorang yang telah berjaya di dalam kepulihan dan kini mendapat tempat dalam masyarakat.

Mohd Yunus hadir ke pusat itu bagi berkongsi pengalaman dengan pelatih-pelatih PUSPEN Besut tempat yang mana beliau pernah mendapat rawatan dan menjadikan dirinya sebagai seorang yang berguna dan dikagumi oleh masyarakat kini.

“Perubahan memang mudah tetapi untuk melaksanakan banyak cabaran yang harus ditempuhi, “ ujar Mohd Yunus bagi memulakan bicaranya selepas berjemaah solat Mahgrib bersama-sama pelatih pusat itu.

Katanya, memang sukar untuk dinafikan bahawa setiap penagih dadah dalam kepulihan sentiasa berdepan dengan ancaman penagihan semula (relapse).

Beliau mengaitkan dirinya yang kini sudah 27 tahun bebas dari dadah dan walaupun kini beliau telah membina keyakinan masyarakat terhadapnya beliau sentiasa dalam pertarungan untuk bebas dadah, kerana kekasihnya heroin itu masih menebal dalam fikirannya.

“Hanya keimanan dan tahap spiritual yang tinggi yang menyelamatkannya sehingga ke tahap kini,” katanya lagi.

Mohd Yunus banyak menggunakan elemen terapeutik yang digunakan untuk meninggalkan dadah dan terus kekal dalam kepulihannya.

Beliau mengimbas kembali, bagaimana beliau boleh dihantar ke PUSPEN Besut untuk dikongsi bersama.

“Tempoh enam bulan terakhir  pada tahun 1983 menyaksikan saya sering keluar masuk lokap kerana kesalahan-kesalahan seperti menggunakan dadah, tidak mempunyai kad pengenalan diri serta disyaki sebagai ejen pengedar dadah,” ujarnya.

Hari demi hari, beliau terjunam ke dalam jurang penagihan dadah. Dan kabus kedaifan yang membungkus hidupnya semakin menebal.

Pada pagi hari raya, pada tahun tersebut ketika orang sibuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, beliau bersama dua orang rakannya berselindung di balik sebuah kotak usang, lantas memulakan proses pengambilan heroin.

Tidak semena-mena, entah dari mana datangnya, meluru datang dua orang anggota polis narkotik berpakaian preman menggari mereka. Kedua-dua mereka dibawa menaiki van menuju ke Balai Polis Dang wangi. Dua hari berikutnya, Mohd Yunus bersama lima pesalah yang lain dibawa menaiki van menuju ke Terengganu. Setelah menempuh perjalanan yang panjang mengambil waktu kira-kira lapan jam, van tersebut tiba di perkarangan Pusat Insaf Diri Besut yang kini dikenali sebagai PUSPEN Besut.

Mohd Yunus pasrah dalam lamunan ombak kehidupannya sehingga ke hari raya pertama pada tahun 1983, bila beliau menjadi salah seorang penghuni pusat itu.

Keinsafan bermula bila beliau jatuh sakit ketika mula-mula mendapat rawatan di pusat itu. Beliau jatuh pengsan dan dikejarkan ke Hospital daerah besut dan dimasukkan ke wad kecemasan. Beberapa jam beliau sedar kembali dan merasa lega mendapati dirinya masih hidup.

“Dalam kedaan sedar tidak sedar itu, saya dapat menangkap suatu suara bisikan melalui cuping telinganya yang mengucapkan bacaan-bacaan dalam sembahyang. Saya melirik mata untuk mengesan punca suara itu,

Lalu kelihatan seorang wanita bertelekung putih sedang sedang bersolat berhampiran katil saya. Saya tidak kenal wanita itu tetapi amalan wanita itu benar-benar membuat hati saya tersentuh,” ujar beliau.

Sejak dari peristiwa itu beliau mulai insaf dan bertekad untuk kembali ke pangkal jalan untuk mencari keredaan ilahi. Mohd Yunus kembali ke pusat serenti seperti seorang yang dilahirkan kembali lalu menjalani pemulihan dengan penuh komitmen khususnya dalam usaha untuk meningkatkan ketakwaannya.

Selepas itu Mohd Yunus mula membina keyakinan diri dan tidak segan silu menyatakan kepada masyarakat bahawa beliau adalah bekas penagih dadah dan membuktikan kepada mereka bahawa beliau dan rakan-rakan penagih yang lain juga boleh berubah.

Selepas keluar dari pusat itu, beliau mula mengumpul rakan-rakan untuk menubuhkan Pengasih seperti yang wujud hari ini. Beliau kemudian mendapat latihan dalam pemulihan penyalahgunaan bahan (substance abuse treatment) di Daytop, Amerika Syarikat dan sebahagian model itu dibawa balik ke Malaysia bagi menggerakkan Rumah pengasih.

Beliau kemudian bergerak aktif dalam World Federation of Therapeutic  Community (WFTC) dan juga di peringkat Asia dalam Asian Federation of Therepeutic Community (AFTC).

Pada awal 2000, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden AFTC. Beberapa tahun selepas itu, ramai pihak mencadangkan supaya beliau mengambilalih tampok pimpinan AFTC kerana organisasi itu kurang aktif menggerakkan aktiviti mereka di kawasan Asia. Namun Mohd Yunus atas dasar menghormati presidennya yang ada, beliau menolak dan sanggup menunggu giliran.

Kini beliau dilantik sebagai Naib Presiden 11 WFTC.

Mohd Yunus adalah seorang yang diplomatik kerana bercakap dengan agak berhati-hati depan orang yang tidak dikenali, sebaliknya di hadapan anak didiknya residen Rumah Pengasih ternyata beliau seorang yang tegas, adakala garang, kompulsif tetapi bersifat ambil berat (caring).

Inilah jihad Mohd Yunus, apa yang beliau lakukan adalah untuk terus membantu, membimbing, menasihat, merawat dan memulihkan penagih-penagih dadah di mana jua mereka berada. Beliau kini asyik dan ketagih dengan kerja kini dan inilah ketagihan positif, ketagihan yang membangun, ketagihan yang berguna dan InsayAllah, ketagihan yang diredai Allah SWT.