Archive for February, 2010

PENGASIH Naib Johan Perarakan Maulidur Rasul

PUTRAJAYA: Kontinjen Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) mendapat tempat naib johan dalam perarakan sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Seramai 45 orang warga PENGASIH menyertai perarakan itu bersama-sama 105 kontinjen yang lain bermula di Dataran Putrajaya sejak jam 7.00 pagi.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut kontijen PENGASIH meraih tempat naib johan dalam perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi kategori badan-badan bukan kerajaan (NGO’s).

Perarakan tahun ini sejauh kira-kira dua kilometer yang berakhir di Masjid Putra.

Turut hadir untuk majlis sambutan Mauli ...selanjutnya.

Ops Tapis Tahan 13 Penagih

www.hmetro.com.my

SEREMBAN: Polis menahan 13 orang termasuk seorang pelajar Tingkatan Lima dalam Ops Tapis di sekitar Kampung Datuk Mansor dan Kampung Pasir di Rasah di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt R Ravichandran berkata kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 54 tahun didapati menagih dadah jenis heroin dan ujian air kencing mereka didapati positif.

“Majoriti mereka adalah penagih berulang manakala seorang daripada mereka baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

“Menerusi operasi ini kami turut mengesan kegiatan pengedar dadah men ...selanjutnya.

300,000 Belia Salah Guna Dadah

MyMetro

NILAI: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), mendapati 300,000 belia termasuk kalangan penuntut institusi pengajian tinggi di negara ini terbabit dalam penyalahgunaan dadah terutama jenis Ecstasy dan syabu.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd Bakir Zin, berkata kebanyakan mereka yang terjebak dalam kancah itu disebabkan terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya selain daripada pengaruh persekitaran.

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada institusi pendidikan bagi menyebarkan maklumat kepada generasi muda mengenai keburukan penyalahgunaan dadah ...selanjutnya.

Derhaka kerana Dadah

Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my

KUALA BERANG: “Disebabkan ketagihan pil kuda yang melampau, saya sanggup bertindak luar batasan memukul ibu dan bapa dengan batang kayu sehingga berdarah di dahi dan patah gigi. Walaupun mereka sudah memaafkan perbuatan itu, rasa kesal tidak boleh lenyap dari diri saya, malah dosa itu sentiasa menghantui hidup sehingga kini,” kata remaja yang menjadi mangsa gejala sosial liar dan hanya mahu dikenali sebagai Amin.

Remaja berusia 15 tahun itu mengakui ketagihan pil kuda menyebabkan dia panas baran sehingga sanggup mencederakan ahli keluarga sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, terutama ketika ...selanjutnya.

Lesap Tinggalkan 25.8kg Ketamin

www.hmetro.com.my

PADANG BESAR: Seorang ‘keldai dadah’ warga Thailand, bertindak melarikan diri selepas cubaannya menyeludup 25.8 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dalam peralatan pemanas air yang dibawa masuk dari negara jiran petang kelmarin gagal.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, barangan dibawa lelaki berusia 50-an berkenaan ditahan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk pemeriksaan selepas mendapati dia tidak menjelaskan cukai ketika melalui Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.

Lelaki itu mendakwa barangan terbabit milik rakannya sebelum diminta anggota KDRM yang melakukan pemeriksaan di KIK supaya mencari ...selanjutnya.

Jamal Abdillah Jaya Kempen Antidadah

Utusan Online

JITRA 21 Feb. – Lazimnya mereka hanya mengenali beliau melalui media massa yang memaparkan kehebatannya sebagai penyanyi tersohor. Semalam, mereka sama sekali tidak menyangka dapat bertemu secara live dengan penyanyi yang mempunyai vokal amat mengasyikkan, Jamal Abdillah.

Itu yang terjadi kepada penduduk di Kampung Permatang Bonglai, Tunjang dekat sini semasa program Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dan Petronas di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai.

Jamal hadir bagi menjayakan kempen yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ...selanjutnya.

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review