Rumah PENGASIH (RP) ialah sebuah Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian yang telah diwartakan kerajaan.
RP mula beroperasi pada tahun 1993 dan rawatannya menjurus kepada sistem “Bimbingan Kepulihan Rakan Sebaya” yang menekankan pengstrukturan semula pemikiran, pengurusan dan penstabilan emosi, peubahan tingkah laku dan penyuburan kerohanian.
Residen yang diterima masuk adalah secara sukarela. Tempoh rawatan adalah di antara 6 hingga 12 bulan. Aktiviti program adalah intensif. Setelah mencapai tahap kesediaan residen akan menyertai Program Integrasi. Selepas itu, mereka digalakkan menyertai Kelompok Sokong Bantu (Aftercare). ...selanjutnya.

Posted in

