Arkib Kategori ‘Perkhidmatan’

Seruan Kasih (Program Temuseru)

Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti temuseru secara strategik kepad akumpulan sasaran di Pusat-pusat Serenti, Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pelajar-pelajar Sekolah dan masyarkat umum.

Kegiatan temuseru ini akan mencelikkan anggota masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan memberi peranan di dalam menangani masalah dadah. ...selanjutnya.

Teduhan Kasih

Projek Teduhan Kasih adalah sebuah penempatan sementara (Shelter Home) bagi penagih-penagih jalanan yang dan juga bagi bekas-bekas penagih yang baru bebas dari mana-mana institusi pemulihan yang belum berkeyakinan untuk kembali ke pangkuan masyarakat sepenuhnya. Ianya juga merupakan Penempatan Program Jagaan Lanjutan bagi residen yang telah tamat mengikuti Program Rawatan Primer di Rumah PENGASIH.

Di sini, residen akan mula didedahkan dengan dunia pekerjaan, menyambung pelajaran (Kolej, Universiti, Sekolah, Institusi Kemahiran, Kursus Jangka Pendek), berintegrasi dengan masyarakat tempatan dan ahli keluarga sendiri.

Pada setiap hujung minggu, Kelompok Sokong Bantu akan bersama- ...selanjutnya.

Muara Kasih (Rumah Hospis)

Muara Kasih adalah perkhidmatan untuk ahli-ahli atau bekas-bekas pengguna dadah yang menghidapi HIV/AIDS atau sebarang jenis penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.

Petugas Muara Kasih akan memberi pemerhatian kepada pesakit dari segi kebajikan, makanan berkhasiat, keperluan perubatan, serta keperluan emosi dan kerohanian.

Program-program disusun rapi dan sesi kaunseling kepada mereka akan diberikan dari semasa ke semasa. Ini adalah bagi memulihkan semangat juang mereka untuk terus hidup. ...selanjutnya.

Lautan Kasih (Perkhidmatan Kerjasama Antarabangsa)

PENGASIH bekerjasama dengan pelbagai badan antarabangsa seperti Colombo Plan (Drug Advisory Program), United Nations Office on Drugs and Crime, World Federation of Therapeutic Communities, Japan International Cooperation Agency serta badan-badan anti-narkotik pelbagai kerajaan luar negara.

Setakat ini, PENGASIH telah melatih ramai peserta dari luar negara seperti Indonesia, Maldives, Bangladesh, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Sri Lanka, Afrika Selatan, Jepun, Korea dan juga peserta dari beberapa buah negara Eropah.

Latihan diberikan adalah teknik pemulihan dan rawatan Kelompok Terapeutik. Lanjutan daripada program latihan yang diberikan oleh PENGASIH, kini banyak Komunti T ...selanjutnya.

Sidang Kasih

Perkhidmatan ini melibatkan pengendalian pelbagai kelompok sokong bantu untuk ahli-ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Kelompok sokong bantu adalah arena pembelajaran sosial untuk setiap ahlinya dengan cara melibatkan diri serta mengambil iktibar daripada pengalaman ahli-ahli kelompok  itu. Faktor penting aktiviti ini ialah peranan contoh tauladan (Role Model). ...selanjutnya.

Sinar Kasih

Projek Sinar Kasih bermatlamat untuk mempersiap sediakan residen bagi menghadapi cabaran dan pahit getir ketika mengharung laluan kepulihan di dalam situasi kehidupan sebenar.

Mereka dibimbing menangani isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga, hubungan intim, jaringan sokongan sosial dan perjalanan hidup.

Projek ini juga teribat di dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan serta peluang mengikuti latihan vokasional dan akademik. ...selanjutnya.

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review