PENGASIH Malaysia » Panduan

Apa Anda Perlu Buat?
Bila anda rasa curiga , anak remaja anda baru mula berjinak-jinak dengan dadah, Apa yang perlu anda lakukan?

Dapatkan Maklumat Pembelajaran

Pertama, pelajari dan dapatkan maklumat pembelajaran tentang dadah sebanyak yang mungkin. Dapatkan maklumat itu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Teguran – Beritahu Apa Yang Anda Tahu

Terbaik sekali adakan perbincangan dua hala di antara anda dan anak anda dengan peruntukkan masa yang sesuai dan dalam keadaan suasana tenang dan damai. Ini bukannya mudah; mungkin anda rasa tercabar dan marah, terkejut dan tidak menyangka sama sekali dan kemungkinan membuatkan anda merasa bersalah kerana anak anda telah mengambil dadah. Tetapi, dengan mendekati anak anda dan melibatkan diri terhadap permasalahannya boleh membantu anak anda untuk tidak mengulanginya dengan saranan-saranan yang anda berikan. Ingat, langkah pencelahan akan membantu dan membuahkan hasil sebelum ianya terlambat.

Pencelahan – Beri Perhatian Menyeluruh

Bertenang dan fokuskan apa yang anda ditemui dan syak tentang perlakuan menyeleweng anak anda. Jangan melalut, beri tumpuan terangkan kepada anak anda bahawa apa yang anda pantau selama ini kerana anda terlalu mengambil berat tentang anak anda. Katakan kepadanya apa yang telah anda lihat dan apa perasaan anda sekarang ini. Jika perlu tunjukkan bukti-bukti seperti penemuan alat-alat menghisap dadah, bekas-bekas tiub dadah, sisa-sisa marijuana dan sebagainya.

Daripada pengamatan anda terangkan kepada anak anda apa yang anda lihat terhadap penampilannya seperti mata yang berair, mata merah, suka menyendiri dan lain-lain. Perubahan itu menyebabkan anda risau.Terangkan pemerhatian anda terhadap tingkahlakunya dan sifat-sifat buruknya. Berikan maklumat dadah dan alkohol itu merbahaya dan ianya boleh mengundang kepada ketagihan berterusan. Buat diri anak anda faham bahawa anda bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan dan menghindari sifat-sifat negatif yang ada dalam diri mereka.

Jangan Menyalahkan Pihak Lain

Kadangkala ibu bapa suka menyalahkan orang lain terhadap perlakuan negative anak sendiri, secara moralnya sitausi ini tidak akan membantu anak mereka. Jika menyalahkan pihak lain, anda seolah-olah menafikan kesalahan anak anda. Bila anak anda bersama rakan-rakan sebaya yang mencurigakan, ponteng sekolah atau sering mengelakkan diri dalam pertemuan keluarga atau anda curiga terhadap anak anda – Jangan menjauhinya dan cuba bercakap dengan mereka dan dapatkan maklumat yang tepat apa permasalahannya.

Bawa Bertenang dan Jalin Hubungan Baik Bersama Anak

Buat perbincangan tanpa emosi, jangan menjerit dan marah-marah, elakkan daripada melebalkan anak anda seorang yang tidak berguna, bodoh dan tidak boleh diharapkan. Berempati, dengan mengawal nada suara anda walaupun dalam keadaan bertelingkah. Fahamilah anak anda juga mempunyai hak terhadap kehidupan peribadinya, yang penting pastikan apa yang telah terjadi dan dilakukannya terhadap kehidupannya. Jangan buat perbincangan itu dalam keadaan tertekan sepertimana melakukan soal siasat terhadap penjenayah. Cari punca mengapa anak anda melakukan perkara-perkara yang buruk. Pastikan masalah mengapa anak anda itu mengambil dadah atau alkohol?.Jika anda ada jawapannya lebih mudahlah untuk membentuk semula tingkahlaku tersebut agar tidak berulang lagi.

Apa yang Ibu Bapa perlu tahu?
Penggunaan tembakau, alcohol, ubat-ubatan dan dadah di kalangan remaja masakini semakin berleluasa.Anda sudah pasti menyayangi dan mengambil berat tentang keluarga anda dan sudah semestinya mahu menghindari perkara sedemikian berlaku terhadap orang yang anda sayangi. Program ini dapat membantu ibu bapa dan keluarga bagi mengatasi maslah tersebut.

Pencegahan Perlu Bermula Dari Ibu Bapa

Tiada kata pasti bahawa anak anda tidak akan mengambil dadah, tetapi sebagai ibu bapa, anda boleh membantu perkara tersebut daripada berlaku dengan:

Ibu bapa sendiri tidak mengambil dadah

Menyediakan garis panduan dan peraturan jelas untuk berkata tidak kepada sebarang jenis dadah

Luangkan masa bersama anak-anak dan berkongsi pengalaman bersamanya dalam apa jua sitausi sekalipun

Langkah-langkah di atas secara tidak langsung boleh membantu anak anda untuk tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Tanya Diri Anda Sendiri

Kebanyakkan maklumat tentang dadah untuk mudah diperolehi anak-anak adalah daripada ibu bapa sendiri. Lihat kepada diri anda sendiri kepada beberapa soalan di bawah ini tentang perasaan dan sikap anda terhadap tembakau, alcohol dan dadah.

Adakah anda mengambil alcohol, menghisap rokok ataupun sebarang jenis dadah yang mana anda sendiri tidak mahu anak anda lakukan?

Adakah anda sentiasa mengambil ubat-ubatan bila saja mengalami sakit kepala dan kedaan tubuh badan yang tidak selesa atau dalam kesedihan ataupun kegusaran?

Adakah anda mengambil pil tidur bagi memudahkan anda tidur?

Adakah anda menggunakan bahan-bahan atau ubatan untuk merasai selesa?

Adakah anak anda pernah melihat anda melakukan semua ataupun salah satu perkara di atas?

Untuk pengetahuan anda, anak anda akan mudah mengikuti apa yang ibu bapa lakukan berbanding apa yang ibu bapa sarankan untuk mereka lakukan.