Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR : Di kalangan penagih dadah, dia terkenal dengan jolokan nama ‘Datuk’ berikutan licik menghidu pergerakan polis yang cuba menahan penagih di kawasan Pantai Dalam, di sini.
Malah, lelaki berusia 35 tahun itu yang juga pengedar dadah utama di kawasan terbabit dianggap berbahaya kerana gemar membaling batu bata dari atas kondominium rakyat ke arah anggota polis semata-mata untuk menggagalkan operasi narkotik.
Namun, dia berjaya ditumpaskan semalam selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields melakukan operasi sebaik men ...selanjutnya.

Posted in

