Bila anda rasa curiga , anak remaja anda baru mula berjinak-jinak dengan dadah, Apa yang perlu anda lakukan?
Dapatkan Maklumat Pembelajaran
Pertama, pelajari dan dapatkan maklumat pembelajaran tentang dadah sebanyak yang mungkin. Dapatkan maklumat itu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Teguran – Beritahu Apa Yang Anda Tahu
Terbaik sekali adakan perbincangan dua hala di antara anda dan anak anda dengan peruntukkan masa yang sesuai dan dalam keadaan suasana tenang dan damai. Ini bukannya mudah; mungkin anda rasa tercabar dan marah, terkejut dan tidak menyangka sama sekali dan kemungkinan membuatkan anda merasa bersalah kerana anak anda telah mengambil dadah. Tetapi, dengan mendekati anak anda dan melibatkan diri terhadap permasalahannya boleh membantu anak anda untuk tidak mengulanginya dengan saranan-saranan yang anda berikan. Ingat, langkah pencelahan akan membantu dan membuahkan hasil sebelum ianya terlambat.
Pencelahan – Beri Perhatian Menyeluruh
Bertenang dan fokuskan apa yang anda ditemui dan syak tentang perlakuan menyeleweng anak anda. Jangan melalut, beri tumpuan terangkan kepada anak anda bahawa apa yang anda pantau selama ini kerana anda terlalu mengambil berat tentang anak anda. Katakan kepadanya apa yang telah anda lihat dan apa perasaan anda sekarang ini. Jika perlu tunjukkan bukti-bukti seperti penemuan alat-alat menghisap dadah, bekas-bekas tiub dadah, sisa-sisa marijuana dan sebagainya.
Daripada pengamatan anda terangkan kepada anak anda apa yang anda lihat terhadap penampilannya seperti mata yang berair, mata merah, suka menyendiri dan lain-lain. Perubahan itu menyebabkan anda risau.Terangkan pemerhatian anda terhadap tingkahlakunya dan sifat-sifat buruknya. Berikan maklumat dadah dan alkohol itu merbahaya dan ianya boleh mengundang kepada ketagihan berterusan. Buat diri anak anda faham bahawa anda bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan dan menghindari sifat-sifat negatif yang ada dalam diri mereka.
Jangan Menyalahkan Pihak Lain
Kadangkala ibu bapa suka menyalahkan orang lain terhadap perlakuan negative anak sendiri, secara moralnya sitausi ini tidak akan membantu anak mereka. Jika menyalahkan pihak lain, anda seolah-olah menafikan kesalahan anak anda. Bila anak anda bersama rakan-rakan sebaya yang mencurigakan, ponteng sekolah atau sering mengelakkan diri dalam pertemuan keluarga atau anda curiga terhadap anak anda – Jangan menjauhinya dan cuba bercakap dengan mereka dan dapatkan maklumat yang tepat apa permasalahannya.
Bawa Bertenang dan Jalin Hubungan Baik Bersama Anak
Buat perbincangan tanpa emosi, jangan menjerit dan marah-marah, elakkan daripada melebalkan anak anda seorang yang tidak berguna, bodoh dan tidak boleh diharapkan. Berempati, dengan mengawal nada suara anda walaupun dalam keadaan bertelingkah. Fahamilah anak anda juga mempunyai hak terhadap kehidupan peribadinya, yang penting pastikan apa yang telah terjadi dan dilakukannya terhadap kehidupannya. Jangan buat perbincangan itu dalam keadaan tertekan sepertimana melakukan soal siasat terhadap penjenayah. Cari punca mengapa anak anda melakukan perkara-perkara yang buruk. Pastikan masalah mengapa anak anda itu mengambil dadah atau alkohol?.Jika anda ada jawapannya lebih mudahlah untuk membentuk semula tingkahlaku tersebut agar tidak berulang lagi.

Posted in 

salam. saya mempunyai seorang abang yang mempunyai masalah ketagihan yg saya tak berapa pasti apa yang dia ambil. saya ingin membantunya. saya telah berbincang dengan ibu saya dan dia bersetuju dengan saya, iaitu ingin menghantar abang saya ke pusat pemulihan. saya juga telah berbincang dengan abang saya dan dia juga bersetuju untuk menjalani pemulihan. masalah saya adalah saya tidak tahu di mana letaknya pusat pemulihan tersebut dan bagaimana caranye (procedure)untuk masuk ke sana. saya ada mendapat info yang menyatakan ada satu pusat pemulihan yang terletak di selangor. saya berharap agar saya mendapat keterangan lanjut dari pihak tuan.
sekian dan terima kasih
satu langkah baik untuk membantu abang saudari untuk keluar daripada dunia penagihan…untuk pengetahuan saudari, cawangan kami di Sungai Buloh, Selangor hanyalah sebuah Half Way House. Saudari boleh melihat info di Ruangan Teduhan Kasih…Untuk Program Rawatan dan Pemulihan kami adalah di Rumah PENGASIH yang terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Puan boleh berhubung terus dengan Intake Counselor Rumah PENGASIH, Encik Zamhari Busu @ 0172647530 untuk proses penerimaan dan rawatan.
Terima kasih.