Penggunaan tembakau, alcohol, ubat-ubatan dan dadah di kalangan remaja masakini semakin berleluasa.Anda sudah pasti menyayangi dan mengambil berat tentang keluarga anda dan sudah semestinya mahu menghindari perkara sedemikian berlaku terhadap orang yang anda sayangi. Program ini dapat membantu ibu bapa dan keluarga bagi mengatasi maslah tersebut.
Pencegahan Perlu Bermula Dari Ibu Bapa
Tiada kata pasti bahawa anak anda tidak akan mengambil dadah, tetapi sebagai ibu bapa, anda boleh membantu perkara tersebut daripada berlaku dengan:
- Ibu bapa sendiri tidak mengambil dadah
- Menyediakan garis panduan dan peraturan jelas untuk berkata tidak kepada sebarang jenis dadah
- Luangkan masa bersama anak-anak dan berkongsi pengalaman bersamanya dalam apa jua sitausi sekalipun
Langkah-langkah di atas secara tidak langsung boleh membantu anak anda untuk tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.
Tanya Diri Anda Sendiri
Kebanyakkan maklumat tentang dadah untuk mudah diperolehi anak-anak adalah daripada ibu bapa sendiri. Lihat kepada diri anda sendiri kepada beberapa soalan di bawah ini tentang perasaan dan sikap anda terhadap tembakau, alcohol dan dadah.
- Adakah anda mengambil alcohol, menghisap rokok ataupun sebarang jenis dadah yang mana anda sendiri tidak mahu anak anda lakukan?
- Adakah anda sentiasa mengambil ubat-ubatan bila saja mengalami sakit kepala dan kedaan tubuh badan yang tidak selesa atau dalam kesedihan ataupun kegusaran?
- Adakah anda mengambil pil tidur bagi memudahkan anda tidur?
- Adakah anda menggunakan bahan-bahan atau ubatan untuk merasai selesa?
- Adakah anak anda pernah melihat anda melakukan semua ataupun salah satu perkara di atas?
Untuk pengetahuan anda, anak anda akan mudah mengikuti apa yang ibu bapa lakukan berbanding apa yang ibu bapa sarankan untuk mereka lakukan.

Posted in 
