PUTRAJAYA: Kontinjen Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) mendapat tempat naib johan dalam perarakan sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Seramai 45 orang warga PENGASIH menyertai perarakan itu bersama-sama 105 kontinjen yang lain bermula di Dataran Putrajaya sejak jam 7.00 pagi.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut kontijen PENGASIH meraih tempat naib johan dalam perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi kategori badan-badan bukan kerajaan (NGO’s).
Perarakan tahun ini sejauh kira-kira dua kilometer yang berakhir di Masjid Putra.
Turut hadir untuk majlis sambutan Maulidur Rasul itu ialah Timbalan Yang DiPertuan AgongĀ Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

Posted in 

Hello! Please e-mail me your contacts. I have a question webmaster@spottovo.ru” rel=”nofollow”>……
Thank you!!!…