MyMetro
NILAI: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), mendapati 300,000 belia termasuk kalangan penuntut institusi pengajian tinggi di negara ini terbabit dalam penyalahgunaan dadah terutama jenis Ecstasy dan syabu.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd Bakir Zin, berkata kebanyakan mereka yang terjebak dalam kancah itu disebabkan terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya selain daripada pengaruh persekitaran.
Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada institusi pendidikan bagi menyebarkan maklumat kepada generasi muda mengenai keburukan penyalahgunaan dadah

Posted in 
