Lesap Tinggalkan 25.8kg Ketamin

www.hmetro.com.my

PADANG BESAR: Seorang ‘keldai dadah’ warga Thailand, bertindak melarikan diri selepas cubaannya menyeludup 25.8 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dalam peralatan pemanas air yang dibawa masuk dari negara jiran petang kelmarin gagal.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, barangan dibawa lelaki berusia 50-an berkenaan ditahan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk pemeriksaan selepas mendapati dia tidak menjelaskan cukai ketika melalui Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.

Lelaki itu mendakwa barangan terbabit milik rakannya sebelum diminta anggota KDRM yang melakukan pemeriksaan di KIK supaya mencari rakannya bagi menjelaskan cukai.

Bagaimanapun, selepas menunggu 20 minit, warga Thailand yang menaiki kereta jenis Toyota Corona itu tidak muncul dan anggota KDRM berkenaan mengesyaki sesuatu sebelum melakukan pemeriksaan ke atas barangan terbabit.

Pengarah KDRM Perlis, Mohd Isa Endut, berkata pihaknya menemui dua bungkusan dadah ketamin dalam dua kotak mengandungi alat pemanas air dan bekas air. “Sejumlah 20.5kg ketamin itu disembunyikan dalam alat pemanas air manakala 5.3kg lagi di ruang kosong yang dipateri dalam bekas air. “Nilai keseluruhan dadah itu dianggarkan RM464,400 dan kami mendapati taktik sama digunakan penyeludup yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini,” katanya.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review