Ibu Bapa Dan Masyarakat Perlu Sokong Untuk Pencegahan Awal

KUALA LUMPUR : Penyertaan dan sokongan seluruh lapisan masyarakat, terutama ibu bapa mampu meningkatkan pendidikan dan  kesedaran umum terhadap pencegahan lebih awal dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini.

Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi Mohd berkata, , ibu-bapa, keluarga serta masyarakat, menjadi faktor yang penting untuk membantu mana-mana individu tersebut membuat perubahan diri melalui pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang mereka ada.

“Justeru itu ibu bapa ataupun masyarakat amnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat tentang dadah, profil penagihan dan akibat daripada gejala itu, bagi memberi kesedaran dan bimbingan kepada anak-anak remaja masakini tentang bahaya dadah,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis perjumpaan pendidikan (family education) keluarga Pengasih di Rumah Pengasih, di sini, baru-baru ini.

Mohd Yunus berkata, untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan itu, ibu bapa dan anggota masyarakat perlu menghadiri seminar, bengkel dan aktiviti seperti ini bagi mendapatkan sumber rujukan dan pencegahan lebih awal sebelum wabak ini menjadi lebih serius dan tidak terkawal.

“Majlis perjumpaan yang dianjurkan Pengasih ini adalah bertujuan untuk pengkongsian ilmu, pengalaman dan memberikan pendidikan kepada ahli keluarga bekas pengguna dadah. Aktiviti dianjurkan oleh Pengasih pada setiap bulan,” katanya lagi.

Hampir 100 ahli keluarga penghuni Pengasih hadir pada majlis kali ini. Turut hadir bagi menyerikan majlis perjumpaan itu pada kali ini ialah kaunselor-kaunselor daripada Lembaga Penduduk dan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN) dan 40 pelajar dari Institut Perguruan Ilmu Khas.

Turut memberi pandangan dan berkongsi pengalaman dalam sesi soal jawab itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN, Dr Khamsiah Ismail dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sahabat Pengasih yang juga ibu kepada salah seorang bekas pengguna dadah, Aishah Bakar.

Menurut Mohd Yunus, Pengasih telah menggunakan kaedah ‘ Teraputik Komuniti (TK) ‘ di dalam program rawatan dan pemulihan sejak pada tahun 1993 lagi. TK adalah sekelompok manusia yang mempunyai permasalahan yang sama, merangsang antara satu dan lain untuk membuat perubahan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review