Oleh R.K.SHYAMALA
mstar.com.my
PERJALANAN hidup penagih-penagih dadah memang penuh dengan kecelaruan akibat kebergantungan pada najis itu, malah banyak yang melarat dan merempat akhirnya.
Tetapi bukan semua penagih yang membuat keputusan untuk melalui kehidupan begitu buat selama-lamanya.
Ada segelintir daripada mereka berjaya kembali ke pangkal jalan dengan keluar dari pengaruh dadah, mengubah cara hidup mereka setelah timbul keinsafan.
Antara mereka adalah Sohaimi Ahmad yang kini bergelar Pengurus Program Rumah Pengasih yang terletak di Kuala Lumpur.
Sekilas pandang, tiada siapa yang dapat mengagak beliau sebenarnya merupakan seorang bekas penagih melainkan setelah beliau sendiri mengakui kenyataan tersebut.
Ini kerana susuk badannya tegap dan cara percakapannya penuh dengan keyakinan diri selepas bebas daripada ketagihan dadah, jauh berbeza padan dengan identiti beliau yang terdahulu.
Insan ini pernah dipenjarakan beberapa kali kerana kesalahan mencuri dan mengambil dadah. Beliau juga pernah menjadi peminta sedekah di Stesen Bas Klang dan pusat-pusat serenti bagaikan rumah keduanya suatu ketika dahulu.
Pun begitu, Sohaimi tidak malu mendedahkan pengalaman hidupannya kerana baginya, ia boleh dijadikan sebagai pedoman untuk sesiapa yang ingin mencuba dadah.
“Saya kehilangan 22 tahun daripada usia remaja saya kerana menghisap najis itu dan mula menghisap heroin pada umur 14 tahun.
“Pada masa itu juga saya kehilangan ayah dan ahli-ahli keluarga pernah menuduh saya pembunuh ayah. “Sebelum arwah meninggal, beliau menyuruh saya mengambil air wuduk untuknya sebelum solat subuh. Dan oleh kerana berada di bawah pengaruh dadah, saya memarahinya.
“Itu juga merupakan kali terakhir saya bercakap dengannya,” katanya dengan nada sedih apabila ditemui di Rumah Pengasih di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kini Sohaimi yang berumur 52 tahun mahu berkongsi pengalamannya dengan penagih-penagih yang sedang mendapatkan rawatan di Rumah Pengasih itu.
Beliau hidup bahagia di samping isterinya dan sedang menantikan kelahiran cucu tirinya yang ketiga.
“Kehidupan saya jauh lebih baik tanpa dadah. Sekarang saya mendekatkan diri dengan Tuhan dan kini menikmati kehidupan ini sepenuhnya,” jelasnya.
Sehubungan dengan itu, beliau juga pernah mendekati maut sebanyak lapan kali kerana mengambil dadah secara berlebihan. Mujurlah hayatnya masih panjang dan beliau yakin dia mendapat peluang kedua untuk memperbaiki dirinya.
“Saya percaya hidup saya kini mempunyai misi penting iaitu untuk membantu penagih-penagih lain untuk keluar daripada terus di belenggu dadah,” jelasnya

Posted in 

assalammualaikum…
Setelah membaca kisah hidup En. Sohaimi saya menjadi nekad untuk mengubah nasib orang yang saya sayang yang telah hanyut dengan dunia dadah jenis syabu@batu.Saya tidak henti2 berdoa agar ALLAH bukakan jalan untuk dirinya mengubah nasibnya.Saya menjadi semakin takut bila ada rakan-rakan yang banyak menghina saya untuk terima dia sebagai suami dan saya masih berfikir ” TIDAK ADAKAH PELUANG UNTUK MEMBERI PELUANG KEDUA UNTUK SESERANG ITU BERUBAH”.Saya hampir putus asa dengan kritikan dan kutukan dari kawan2 dan keluarga tetapi disebabkan sayang yag teramat sangat saya tidak sanggup melihat dirinya usnah kerana syabu.Sering berlaku perbalahan antara kami tetapi dirinya tidak mengakui kesalahannya dengan dadah.Saya pernah terjumpa jarum sirim di dalam beg nya namun tetap dinafikan 100%.Hanya ALLAH yang tahu sayang saya kepadanya sehingga sanggup berkorban untuk pulihkan dirinya dari pengaruh rakan2.Saya insan yang lemah bila melihat ibunya yang terpaksa menyara keluarga sedangkan nak terjebak dengan dadah.Bantu lah saya untuk memberi beberapa idea yang patut saya lakukan.Masih ada sinar bahagia untuk kami hidup bahagia tanpa dadah???
Assalamualaikum…
Untuk bercerita tentang penagihan ini… kita sebenarnya bukanlah pakar untuk menyelesaikan masalah penagihan ini… Saya sarankan puan untuk dapatkan khidmat kaunseling di mana-mana pusat khidmat AADK yang terdekat ataupun berhubung dengan kaunselor kami untuk bertanyakan tentang permasalah dadah bagi suami puan iaitu En. Veera Noor di talian +6019-668 9361… Puan juga boleh membuat temujanji untuk berjumpa beliau serta datang terus ke Rumah PENGASIH di Kuala Lumpur…
saya sukar hendak berhenti. tapi ada niat nak berhenti..tak tahu mcmmana caranya….
untuk berhenti boleh dikatakan mudah dan semua bekas penagih boleh menghadapinya… menjadi kesukaran adalah untuk kekal berhenti daripada penagihan itu sendiri… penagihan ini boleh dikatakan seperti suatu penyakit seperti kencing manis(diabetis)… kita tergolong dalam orang yang berpenyakit… jadi untuk mengawal penyakit (penagihan) itu perlu la mengikut pantang seperti, tidak bercampur dengan kawan-kawan sepenagihan… untuk keterangan lanjut atau khidmat kaunseling daripada pihak kami, sedara boleh menghubungi En. Sohaimi Ahmad (017-328 9509) atau En. Hafizi Harun (017-390 8846)… ataupun saudara boleh datang terus ke fasiliti kami di Bukit Tunku, Kuala Lumpur…. sekian, terima kasih…
sye pnh terjebak ngan najis dadah ni(SYABU).asalnye cme mahu
mencube,lme2 jd ketagih.mse 2 umur bru 18.bley d ktekn setiap
hari sye ambil najis 2.smpi stu mse sye sdr yg bdn mkn susut.
sye mle memikir kn mse dpn jika sye msh lg ambil najis 2.
akhirnye sye ambil lgkh drastik utk berenti dr jd penagih.
syukur allhamdullilah hidup sye bertambah sihat tanpe najis 2.
kepade penagih2 bru mencube d saran berenti dr mengambil, ini kerane
ia bkl menghancur kn mse dpn anda dan keluarge..
nasihat ini dr sye bks penagih kepade penagih2 yg lain..
sekian…
saya semakin hari semakin hampir dengan penagih dadah.mereka kebanyakannya berniat utk berubah, berhenti menjadi penagih. namun untuk kekalkan mereka sendiri khuatir dan takut apabila memikirkan masa mereka dibebaskan dari puspen nanti. mereka takut pisang berbuah dua kali. mereka takut ‘angin’ luar di mana mereka bebas untuk mengambilnya (dadah) semula. kebanyakan mereka pernah cuba berhenti dengan menimba ilmu di pondok agama. tapi tidak lama kembali mengambil dadah semula. apa sebenarnya yang mengganggu mereka????