Projek Teduhan Kasih adalah sebuah penempatan sementara (Shelter Home) bagi penagih-penagih jalanan yang dan juga bagi bekas-bekas penagih yang baru bebas dari mana-mana institusi pemulihan yang belum berkeyakinan untuk kembali ke pangkuan masyarakat sepenuhnya. Ianya juga merupakan Penempatan Program Jagaan Lanjutan bagi residen yang telah tamat mengikuti Program Rawatan Primer di Rumah PENGASIH.
Di sini, residen akan mula didedahkan dengan dunia pekerjaan, menyambung pelajaran (Kolej, Universiti, Sekolah, Institusi Kemahiran, Kursus Jangka Pendek), berintegrasi dengan masyarakat tempatan dan ahli keluarga sendiri.
Pada setiap hujung minggu, Kelompok Sokong Bantu akan bersama-sama berkumpul untuk menyertai Kumpulan Sokong Bantu Mingguan.
- Teduhan Kasih Kuala Lumpur
- Teduhan Kasih Selangor
- Teduhan Kasih Perak
- Teduhan Kasih Melaka
- Teduhan Kasih Muar, Johor
- Lindungan Kasih Darul Naim, Kelantan

Posted in 
