July 15th, 2010
KUALA LUMPUR : Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi Mohd bersama-sama kakitangan serta residen Rumah Pengasih hadir ke Masjid Negara baru-baru ini sebagai tetamu bagi meraikan majlis Pelancaran Program Pemberian Makanan Kepada Masyarakat Terpinggir Melalui Masjid dan Surau.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejer Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom hadir bagi merasmikan program tersebut.
Program itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). ...selanjutnya.
July 10th, 2010
SEGAMBUT : Forum Kenali Anak Kita pada Karnival Hari Keluarga Sejaya 2010 di Sekolah Menengah Segambut Jaya di sini, baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Buat pertama kalinya program ini dikendalikan oleh Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Penyelaras Program, Abdullah Nor berkata, penganjuran forum tersebut bertujuan berkongsi ilmu dengan ibu bapa tentang isu berkaitan keibubapaan.
“Melalui program ini, ibu bapa akan lebih memahami anak remaja dan mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan keluarga.
“Selain itu, kita juga melihat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sebagai agen perubahan kepad ...selanjutnya.
April 1st, 2010
BANGI : Ibu bapa selalunya menjadi orang terakhir yang mengetahui anak mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana kelalaian mereka untuk memperkasakan maklumat tentang dadah dan risikonya, kata Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi. Read more »
March 29th, 2010
KUALA LUMPUR: Penghuni-penghuni Rumah Pengasih terpaksa mengambil inisiatif sendiri secara gotong royong dengan membuang dan membersihkan sebatang pokok besar berusia lebih 50 tahun yang tumbang menghempap bumbung Surau Ar-Rahman dalam kejadian ribut baru-baru ini.
Lebih 60 orang warga Rumah Pengasih terlibat dalam gotong royong itu selama tiga hari dan berakhir baru-baru ini.
Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi berkata, dengan kelengkapan yang serba kekurangan akhirnya pokok sebesar dua pemeluk itu dapat dialihkan dan dibersihkan daripada sekitar kawasan surau tersebut.
Katanya, dalam kejadian ribut baru-baru ini pokok tersebut tumba ...selanjutnya.
March 8th, 2010
BESUT : Penyertaan dan sokongan seluruh lapisan masyarakat, terutama ibu bapa mampu meningkatkan pendidikan dan kesedaran umum terhadap pencegahan lebih awal dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini.
Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Mohd Yunus Pathi Mohd berkata, , ibu-bapa, keluarga serta masyarakat, menjadi faktor yang penting untuk membantu mana-mana individu tersebut membuat perubahan diri melalui pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang mereka ada.
“Justeru itu ibu bapa ataupun masyarakat amnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat tentang dadah, profil penagihan dan akibat daripada gejala itu, bagi memberi kese ...selanjutnya.
March 8th, 2010
PENAGIHAN dadah adalah satu masalah sosial, masalah keselamatan, masalah negara dan masalah dunia. Masyarakat harus faham tentang kesakitan, kesedihan, kesengsaraan yang dialami oleh seorang penagih dadah dan mereka perlu dibantu.
Penagih dadah tidak boleh merawat diri mereka sendiri. Mereka perlukan bantuan dan tanpa bantuan mereka sukar dipulih untuk menjadi anggota masyarakat biasa. Bagi yang jauh terlanjur (hardcore), usaha merawat dan memulihkan mereka bertambah sukar.
Begitu juga dengan Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi, banyak onak berduri dan jalan berliku yang terpaksa ditempuhinya untuk mencapai tahap kepulihan seperti yang ada di ...selanjutnya.